MACHANG - Ketua UMNO Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub di sini, semalam, turun padang ke Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Simpol Belubang, dalam usaha mendekati dan mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi.
Sempena program turun padang tersebut, Ahmad Jazlan minum pagi bersama penduduk setempat sekali gus mendengar pandangan dan masalah mereka.
Katanya, program tersebut diharapkan mampu menjadi platform dalam usaha merapatkan hubungan antara penduduk dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Machang.
“Saya percaya, penduduk lebih gembira dengan adanya program lawatan dan ziarah seperti ini, yang mana kepimpinan UMNO juga dapat mendengar suara hati mereka dengan lebih jelas.
“Program seumpama ini, akan diteruskan dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama, bertujuan menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan dan sakit di satu-satu kawasan yang dilawati,” katanya.
Sempena program tersebut, Ahmad Jazlan turut menziarahi veteran UMNO, orang sakit, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di kawasan tersebut.
Ahmad Jazlan berkata, pihaknya tidak pernah mengabaikan golongan tersebut dan akan terus menjaga kebajikan mereka.
Katanya, ahli jawatankuasa JKKP sentiasa bersedia membantu masyarakat di peringkat akar umbi.
Sunday, July 11, 2010
UMNO Bahagian dekati rakyat
Kongsi Bersama Rakan Anda Di Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment