TUMPAT-Walau pun sudah menjangkau usia emas, namun bagi segelintir pelajar kelas Al-Quran Masjid Ismaili Bandar Tumpat tidak membatas usia mereka untuk mendalami al-Quran terutamanya dalam bidang tajwid.
Dengan bimbingan guru Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Samsul Bahari Kadir, kira-kira hampir 50 pelajarnya diajarnya setiap hari dengan membahagi kelas kepada tiga sesi termasuk pelajar golongan dewasa.
Seorang pelajarnya, Siti Mariam Sulaiman, 70, berkata, dia sudah belajar al-Quran di sini hampir 10 tahun yang lalu dengan hasrat untuk betulkan tajwid dan bacaan al-Quran sambil menghafal beberapa juzuz al-Quran.
“Walau pun sudah usia emas, tidak membataskan makcik untuk belajar al-Quran kerana semasa zaman muda-muda hanya belajar membaca sahaja tidak sempat untuk perbetulkan tajwid ini.
“Makcik ambil kelas jam 11 pagi dan untuk ke sini dari rumah makcik di Kampung Kepala Batas, makcik pandu kereta sendiri,” katanya yang juga ibu tunggal.
Sementara itu bagi Wan Yam Wan Ahmad, 63, dia sanggup berjalan kaki dari rumahnya di Kampung Tanjung Kuala semata-mata untuk belajar al-Quran di sini.
“Usia emas inilah dimanfaatkan sebaiknya dengan belajar agama dan mengenali al-Quran tetapi maklum sahajalah bila usia sudah lanjut, lambat sikit nak ingat apa yang guru ajar.
“Tetapi sekiranya berusaha bersungguh-sungguh insya-Allah berjaya dan jangan membataskan diri dengan perasaan malu untuk belajar al-Quran ini kerana masih ada kelas untuk orang dewasa," katanya.
Di Masjid Ismaili Bandar Tumpat, kelas al-Quran diadakan setiap hari untuk golongan dewasa dan juga kanak-kanak secara percuma dibahagikan tiga sesi dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi, sesi kedua 11 pagi hingga 12 tengah hari dan sesi ketiga dari jam 2.30 petang hingga 4 petang. - Sinar Harian
Sunday, July 11, 2010
Mengaji al-Quran di usia emas
Kongsi Bersama Rakan Anda Di Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment