SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA FIFA 2010 AFRIKA SELATAN -VIDEO JARINGAN GOL, GAMBAR KEMENANGAN
KEPUTUSAN PENUH - SEPANYOL [1] - [0] BELANDA
Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa permainan penuh dan memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.
Permainan akhir piala dunia edisi kali ini juga menyaksikan 11 layangan kad kuning dan satu layangan kad merah kepada kedua-dua pasukan dimana penerima kad kuning bagi pasukan Belanda adalah Gregory VAN DER WIEL, John HEITINGA, Joris MATHIJSEN, Giovanni VAN BRONCKHORST, Mark VAN BOMMEL, Nigel DE JONG, Robin VAN PERSIE, dan Arjen ROBBEN.
Manakala kad kuning yang dilayangkan kepada Sepanyol adalah kepada Carles PUYOL, Andres INIESTA, XAVI, Joan CAPDEVILA dan SERGIO RAMOS. John Heitinga diarah keluar padang setelah menerima 2 kad kuning. Peluang ini telah diambil oleh pasukan Sepanyol untuk mengasak kubu Belanda.
_________________________
ANUGERAH LAIN
0 comments:
Post a Comment